SUMBANGAN DANA PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA

Yayasan ANGKASA, Peneraju Pendidikan Warga Koperasi telah memberi pembiayaan pendidikan tanpa faedah seramai 1,506 pelajar sejak tahun 2000 hingga 2022 iaitu berjumlah hampir RM30 juta. Sebanyak RM 11juta telah diberikan biasiswa kepada pelajar yang mendapat kelas pertama dan kelas kedua atas.

Pada tahun ini sahaja, seramai 194 pelajar sesi 2022/2023 menerima pembiayaan sebanyak RM2.5 juta melebihi peruntukan dana pendidikan. Hal ini kerana, Yayasan ANGKASA sentiasa membantu para pelajar dan ibubapa yang kurang berkemampuan dari segi bantuan kewangan bagi anaknya menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi dalam negara.

Wujudnya Tabung Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA, mengajak koperasi, agensi dan orang ramai bersama-sama merebut pahala kepada pelajar yang termasuk dalam golongan Fisabilillah serta memainkan peranan untuk memartabatkan pendidikan warga koperasi.

Apatah lagi selepas berinfaq, layak mendapat potongan cukai Akta Cukai Pendapatan 1967. Rebutlah peluang ini kerana seratus peratus segala sumbangan dan peruntukan dana akan kepada pelajar-pelajar tajaan Yayasan ANGKASA. MasyaAllah, dari situ pahala kita mengalir hingga hari akhirat.

Segala bentuk sumbangan dan infaq boleh dibuat melalui kaedah-kaedah yang tertera dibawah:

Setiap sumbangan tersebut layak mendapat potongan cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796).

Sumbangan secara terus (one-off) melalui Perbankan Atas Talian (FPX)

Sumbangan secara bulanan melalui Perbankan Atas Talian (FPX)

 

Potongan Biro ANGKASA

Sumbangan melalui Transfer Online/ Scan QR Code/ CDM

Nama : YAYASAN ANGKASA
No. Akaun : 1100-469-305 (Bank Rakyat)

Nama : YAYASAN ANGKASA
No. Akaun : 100-500-710-000-3140 (MBSB Bank)

PENGENALAN

Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA bertujuan untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk mengembangkan pendidikan dan memerlukan bantuan kewangan pembiayaan pendidikan demi meningkatkan taraf pendidikan warga koperasi.

KELEBIHAN KEPADA PELAJAR
  • Menyediakan Pembiayaan/ Biasiswa kepada anggota koperasi dan anak anggota koperasi
  • Pembiayaan pendidikan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred yang diperolehi bagi Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa.
  • Pembiayaan pendidikan tidak dikenakan sebarang faedah atau bunga
  • Menyediakan program/ aktiviti kepada pelajar seperti program motivasi, kaunseling, kerjaya dan lain-lain untuk memastikan pelajar tajaan Yayasan ANGKASA sentiasa berdaya saing dan berkebolehan pasaran graduan.
OBJEKTIF
  • Meningkatkan sumbangan Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA
  • Meningkatkan Jumlah Penerima Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
  • Menjalinkan kerjasama badan-badan korporat, agensi, koperasi dan individu
MANFAAT SUMBANGAN

Membuka peluang untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk pembangunan warga koperasi

Pahala sedekah kepada pelajar yang termasuk dalam golongan Fisabilillah (Besar Pahalanya)

Mengutamakan pembiayaan pendidikan kepada anggota dan anak-anak anggota koperasi dan korporat (Terma dan Syarat – Lulus Syarat Asas Permohonan)

Setiap amalan baik dengan sedekah dan menyumbang pasti mendapat ganjaran dengan pahala, bertambah rezeki dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT

Bersama-sama memainkan peranan untuk memartabatkan pendidikan warga dan anak-anak warga koperasi

Setiap sumbangan adalah layak mendapat potongan cukai di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No. Rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.7796)

BERMINAT UNTUK BERKOLABORASI BERSAMA YAYASAN ANGKASA DEMI MEMARTABATKAN PENDIDIKAN? JOM SERTAI KAMI

Yayasan ANGKASA ingin menjalinkan bekerjasama rapat dengan koperasi-koperasi, badan-badan korporat/ agensi bagi bersama-sama merealisasikan sumbangan dana pendidikan serta memenuhi keperluan anak-anak koperasi di seluruh Malaysia untuk terus melanjutkan pelajaran di Universiti Awam dan Swasta dalam negara.

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, Tuan / Puan bolehlah menghubungi Pegawai Promosi dan Perkembangan (En. Muhd Fawwaz) melalui email atau telefon.

HUBUNGI KAMI

Encik Muhammad Fawwaz bin Mohd Fitri (Pegawai Promosi dan Perkembangan)

E-mel: sumbangan.yayasanangkasa@gmail.com / fawwaz@yayasanangkasa.coop

No. Telefon Bimbit : 011-5523 4823 / 018 – 355 0515

No. Telefon Pejabat : 03 – 7880 5358 / 6358 / 9358 samb. 3 (Sumbangan)

SUMBANGAN ANDA PENENTU PENDIDIKAN WARGA KOPERASI DAN GENERASI MUDA AKAN DATANG

Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sungguh, Allah jualah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan melancarkan rezekimu dan keluarga.