Yayasan ANGKASA

Loading

Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA

SUMBANGAN DANA PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA

Yayasan ANGKASA, Peneraju Pendidikan Warga Koperasi telah menaja seramai 194 pelajar sesi 2022/2023 sebanyak RM2.5 juta melebihi peruntukan dana pendidikan. Hal ini kerana, Yayasan ANGKASA sentiasa membantu para pelajar dan ibubapa yang kurang berkemampuan dari segi bantuan kewangan bagi anaknya menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi dalam negara.

Wujudnya Tabung Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA, mengajak koperasi, agensi dan orang ramai bersama-sama merebut pahala kepada pelajar yang termasuk dalam golongan Fisabilillah serta memainkan peranan untuk memartabatkan pendidikan warga koperasi.

Apatah lagi selepas berinfaq, layak mendapat potongan cukai Akta Cukai Pendapatan 1967. Rebutlah peluang ini kerana seratus peratus segala sumbangan dan peruntukan dana akan kepada pelajar-pelajar tajaan Yayasan ANGKASA. MasyaAllah, dari situ pahala kita mengalir hingga hari akhirat.

Segala bentuk sumbangan dan infaq boleh dibuat melalui kaedah-kaedah yang tertera dibawah:

Setiap sumbangan tersebut layak mendapat potongan cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796).

Sumbangan secara terus (one-off) melalui Perbankan Atas Talian (FPX)

Sumbangan secara bulanan melalui Perbankan Atas Talian (FPX)

 

Potongan Biro ANGKASA

Sumbangan melalui Transfer Online/ Scan QR Code/ CDM

Nama : YAYASAN ANGKASA
No. Akaun : 1100-469-305 (Bank Rakyat)

Nama : YAYASAN ANGKASA
No. Akaun : 100-500-710-000-3140 (MBSB Bank)

Sumbangan Badan Korporat/ Koperasi/ Bank/ Syarikat Swasta/ Agensi Kerajaan melalui Transfer Online

Nama : YAYASAN ANGKASA
No. Akaun : 1100-469-305 (Bank Rakyat)

MANFAAT SUMBANGAN

Membuka peluang untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk pembangunan warga koperasi

Pahala sedekah kepada pelajar yang termasuk dalam golongan Fisabilillah (Besar Pahalanya)

Mengutamakan pembiayaan pendidikan kepada anggota dan anak-anak anggota koperasi dan korporat (Terma dan Syarat – Lulus Syarat Asas Permohonan)

Setiap amalan baik dengan sedekah dan menyumbang pasti mendapat ganjaran dengan pahala, bertambah rezeki dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT

Bersama-sama memainkan peranan untuk memartabatkan pendidikan warga dan anak-anak warga koperasi

Setiap sumbangan adalah layak mendapat potongan cukai di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No. Rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.7796)

PENGHARGAAN PENYUMBANG DANA PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA

Yayasan ANGKASA sangat menghargai akan badan korporat, koperasi, agensi kerajaan dan sebagainya yang menyumbang ke Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA. Jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang telah membantu Yayasan ANGKASA untuk menerima ramai lagi pelajar-pelajar memohon pembiayaan pendidikan.

SENARAI PENYUMBANG TERATAS TAHUN 2023

PENYUMBANG KORPORAT

  1. MyANGKASA Amanah Berhad
  2. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  3. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  4. Bank Simpanan Nasional Berhad

PENYUMBANG KOPERASI

  1. Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad
  2. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
  3. Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad
  4. Koperasi Permodalan Rakyat Berhad
  5. Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional
  6. Koperasi Perladangan Kawasan Badan Datoh
  7. Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor
  8. Koperasi Borneo Malaysia Berhad

PENYUMBANG INDIVIDU

  1. YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah
  2. YBhg. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan
  3. YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
  4. YBhg. Datuk Haji Md Yusof Haji Samsudin
  5. YBhg. Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh
SENARAI PENYUMBANG TERATAS TAHUN 2022

PENYUMBANG KORPORAT

  1. MBSB Bank Berhad
  2. MyANGKASA Amanah Berhad
  3. Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
  4. Persatuan Kebajikan Pusat Haemodialisis Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah
  5. KV Resources Sdn Bhd

PENYUMBANG KOPERASI

  1. Koperasi NLFCS Berhad
  2. Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad
  3. Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional
  4. Koperasi Peserta-peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak
  5. Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad

PENYUMBANG INDIVIDU

  1. YBhg. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan
  2. YBhg. Prof Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
  3. YBhg. Datuk Haji Md Yusof Haji Samsudin
  4. Tn. Haji Mohd Jamil Othman
  5. Pn. Nordiza Apsar
  6. En. Azazi Barin

BERMINAT UNTUK BERKOLABORASI BERSAMA YAYASAN ANGKASA DALAM PENDIDIKAN?

Yayasan ANGKASA ingin menjalinkan bekerjasama rapat dengan koperasi-koperasi, badan-badan korporat/ agensi bagi bersama-sama merealisasikan sumbangan dana pendidikan serta memenuhi keperluan anak-anak koperasi di seluruh Malaysia untuk terus melanjutkan pelajaran di Universiti Awam dan Swasta dalam negara.

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, Tuan / Puan bolehlah menghubungi Pegawai Promosi dan Perkembangan (En. Muhd Fawwaz) melalui email atau telefon.

HUBUNGI KAMI

Encik Muhammad Fawwaz bin Mohd Fitri (Pegawai Promosi dan Perkembangan)

E-mel: sumbangan.yayasanangkasa@gmail.com / fawwaz@yayasanangkasa.coop

No. Telefon Bimbit : 011-5754 7514

No. Telefon Pejabat : 03 – 7880 5358 samb. 3 (Sumbangan)

 

Bagi mendapatkan Resit Pelepasan Cukai LHDN boleh menghubungi Pejabat Yayasan ANGKASA

SUMBANGAN ANDA PENENTU PENDIDIKAN WARGA KOPERASI DAN GENERASI MUDA AKAN DATANG

Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sungguh, Allah jualah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan melancarkan rezekimu dan keluarga.