Terma dan Syarat

 

Kepada Para Penyumbang yang hormati,

Platform yayasanangkasa.com ini PERCUMA untuk anda. Sumbangan yang anda berikan tidak dikenakan caj tambahan. Sila manfaatkan segala kelebihan yang ada di yayasanangkasa.com. Kami galakkan anda untuk mendaftar akaun pengguna untuk menikmati segala kelebihan yang disediakan. Bantu kami untuk kongsikan kemudahan platform kepada rakan-rakan anda.

  1. Semua sumbangan dari penyumbang dijamin bahawa setiap kempen yang berada dalam yayasanangkasa.com bebas dari penipuan dan penyalahgunaan. Sekiranya Anda mendapati terdapat kandungan penipuan dan penyalahgunaan sumbangan atau kecurigaan lain, Anda boleh melaporkan hal tersebut dengan hubungi kami.
  2. Setiap sumbangan daripada Anda hulurkan kepada Yayasan ANGKASA layak mendapat potongan cukai Lembaga Hasil dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796). Jika memerlukan resit tersebut, diminta WhatsApp, 018-355 0515 (En. Muhd Fawwaz), Pegawai Promosi dan Perkembangan Yayasan ANGKASA.


Penyumbang wajib:

  1. Bertanggungjawab sepenuhnya atas sumbangan yang diberikan. Oleh itu, penyumbang wajib meneliti segala maklumat mengenai idea dan/atau kempen pengumpulan sumbangan yang dimuatnaik di yayasanangkasa.com sebelum membuat sumbangan.
  2. Tidak memberi maklumat tambahan yang palsu di laman yayasanangkasa.com dan/atau di semua media sosial dan media cetak tentang kempen pengumpulan sumbangan di yayasanangkasa.com.
  3. Bertanggungjawab atas sumbangan yang telah disalurkan dan memahami bahawa penganjur kempen berkemungkinan tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian kempen dan/atau ganjaran yang telah dijanjikan sebelum ini pada kempen tersebut.
  4. Bersetuju untuk tidak mempersoalkan dan/atau mempersalahkan pihak yayasanangkasa.com atas penyalahgunaan sumbangan.
  5. Penyumbang bersedia untuk dihubungi oleh yayasanangkasa.com walaupun tercatat sebagai Hamba Allah (anonymous) untuk keperluan tertentu.
  6. Tidak melakukan pengubahan wang haram (money laundering) atau menggunakan wang yang berasal dari sumber yang tidak sah dari segi undang-undang untuk menyokong idea dan/atau kempen pengumpulan sumbangan yang ada dalam yayasanangkasa.com.

 

Hubungi Kami

Penyumbang boleh menghubungi yayasanangkasa.com dengan menekan butang ‘Hubungi Kami’ bagi mengetahui maklumat lanjut sesuatu kempen dan/atau pelaksanaan kempen.

 

Bayaran Balik / Pemulangan Bayaran

yayasanangkasa.com tidak boleh membuat pemulangan wang penyumbang. Perhatian: Pemulangan yang dilakukan oleh yayasanangkasa.com adalah berlaku atas permintaan berdasarkan pengesahan serta bukti yang kukuh oleh pihak pemohon. 

Hak Harta Intelek

Semua maklumat dan bahan yang tertera di yayasanangkasa.com seperti logo, ikon, kod html dan lain-lain dalam yayasanangkasa.com adalah hak milik penuh yayasanangkasa.com. Anda dilarang untuk mengubah, menghasilkan semula atau diubahsuai dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran atau pengetahuan yayasanangkasa.com. Apabila Anda melanggar hak-hak ini, kami berhak untuk mengambil tindakan sivil. Pelanggaran hak ini termasuk dalam perbuatan jenayah.

Pengecualian dan Pelepasan Tanggungjawab

 

  1. yayasanangkasa.com tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi kecurian, penyalahgunaan atau rasuah setelah hasil kutipan sumbangan diserahkan kepada penganjur kempen atau penerima sumbangan.
  2. yayasanangkasa.com tidak akan membayar ganti rugi dalam bentuk apa pun ke atas kempen yang dilakukan melalui platform yayasanangkasa.com.

 

Hak Cipta dan Tanda Dagangan (Trademarks)

Semua ciri-ciri yang terdapat dalam yayasanangkasa.com ini adalah YAYASAN ANGKASA dan dilindungi oleh undang-undang Malaysia seperti yang terdapat dalam Hak Harta Intelek. Oleh itu, pengguna yayasanangkasa.com tidak dibenarkan menyalahgunakan ciri-ciri yang terdapat dalam yayasanangkasa.com ini untuk kepentingan peribadi atau komersial.

Undang-undang Dan Bidang Kuasa

Terma dan Syarat ini dilaksakan berdasarkan Undang-Undang Malaysia. Semua pengguna platform perlu mematuhi undang-undang Malaysia.

Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 sekiranya ada pengguna platform dengan sengaja dan tanpa hak menyebarkan berita palsu atau ancaman sehingga mengakibatkan kerugian pada pengguna.

Penyelesaian Perselisihan dan Darurat

  1. Jika ada perselisihan atau pertikaian yang timbul dari atau sehubungan dengan penafsiran atau pelaksanaan dari Terma & Syarat ini, pengunjung platform atau pengguna platform bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan atau pertikaian tersebut melalui perbincangan bersama.
  2. Semua pertikaian atau permasalahan yang timbul daripada pelaksanaan dan/atau dengan Terma dan Syarat ini yang tidak dapat diselesaikan melalui perbincangan pelanggaran perjanjian akan diselesaikan oleh undang-undang Malaysia.
  3. Anda memahami bahawa platform kami akan berhenti beroperasi disebabkan kejadian di luar kemampuan kami yang tidak dapat dielak seperti terjadinya peperangan, pergolakan, kebakaran, bencana alam dan bencana lain yang dinyatakan oleh pihak berkuasa.

Penutup

Di atas merupakan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan kepada pengguna platform yayasanangkasa.com. Oleh itu, pihak yayasanangkasa.com berharap bahawa pihak pengguna membaca dan memahami serta bersetuju dengan Terma dan Syarat yang telah dikemukakan. Jika tiada maklum balas menyatakan Anda telah memahami Terma dan Syarat ini, kami menganggap bahawa Anda memahami dan bersetuju. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.